Cetuskan perbincangan menarik dan mencabar minda pelajar yang sedang berkembang dengan topik-topik debat bilik darjah ini! Topik-topik debat yang tersedia ini dibuat untuk membantu pelajar berfikir secara mendalam, menerokai perspektif berbeza dan menggalakkan kemahiran pemikiran kritikal.
Jadikan topik-topik debat ini satu perbincangan yang interaktif di Kialo Edu – dan yang paling menarik, ia percuma sepenuhnya!
Topik-topik debat yang menarik
- Adakah hantu benar wujud?
- Adakah azam Tahun Baru berbaloi?
- Adakah atlet profesional menerima bayaran terlampau tinggi?
- Adakah makhluk asing wujud?
- Adakah nanas patut diletakkan di atas pizza?
- Adakah tersadung jari kaki lebih sakit daripada terhentak siku?
- Adakah percutian di pantai lebih baik daripada percutian di kawasan pergunungan?
- Adakah Jualan Murah semasa musim perayaan berbaloi?
- Adakah mendengar bacaan buku lebih baik daripada membacanya sendiri?
- Adakah kostum Anime Cosplay patut dibenarkan untuk dipakai di sekolah?
- Patutkah Santa memberikan hadiah kepada kanak-kanak yang nakal?
- Patutkah pembantu Santa meminta keadaan kerja yang lebih baik?
- Haruskah pelajar diberikan ujian sebaik pulang dari cuti sekolah?
- Bagaimana cara (jika ada) pembuli harus didenda?
- Adakah tulisan berangkai harus diajar kepada kanak-kanak?
- Patutkah kita benarkan orang ramai mempunyai haiwan kesayangan?
- Negara manakah yang boleh menjadi negara yang menarik untuk dilawati?
- Konsol permainan video manakah paling terbaik?
Topik-topik debat Sejarah
- Manakah lebih baik untuk dilawati: kota lama Mesir atau kota lama Greece?
- Athens atau Sparta Purba: yang mana tempat lebih baik untuk tinggal?
- Sejauh manakah Demokrasi Athens berdemokrasi?
- Patutkah kita mengagumi Iskandar Zulkarnain?
- Adakah penaklukan Mongol merupakan perkara yang baik pada akhirnya?
- Adakah Malaysia lebih bertolak ansur dari segi agama pada 1250 atau 1750?
- Bagaimana Empayar Rom menjadi begitu hebat?
- Adakah Revolusi Industri baik untuk masyarakat?
- Apakah teknologi yang memberi impak paling besar pada dunia: jalan keretapi, kapal atau telegraf?
- Adakah pengeboman atom ke atas Jepun satu tindakan yang wajar?
- Adakah Era Penjajahan Barat membawa banyak akibat negatif kepada negara kita dan negara serantau?
- Sejauh manakah revolusi 1848 mendapat inspirasi dari idea-idea politik baru?
- Apakah punca utama Penjajahan Jepun?
- Adakah Treaty of Versailles merupakan punca utama terjadinya Perang Dunia II?
- Siapakah Perdana Menteri Malaysia yang paling terkenal?
- Adakah Amerika Syarikat bertanggungjawab terhadap tercetusnya Perang Dingin?
- Apakah punca utama tercetusnya Perang Dunia I?
- Patutkah kita terus menyambut Hari Malaysia?
- Patutkah Muzium Britain memulangkan artifak-artifak ke negara asalnya?
- Patutkah negara Eropah membayar ganti rugi kepada negara-negara bekas jajahannya yang sedang membangun?
Topik-topik debat Sivil
- Patutkah ibadah secara terbuka dibenarkan di sekolah?
- Apakah hujahan yang paling kuat menyokong pemisahan urusan agama dan kerajaan sebuah negera?
- Patutkah vaksin diwajibkan?
- Adakah demokrasi satu perkara yang baik dalam membentuk kerajaan?
- Patutkah dasar iklim diputuskan oleh panel-panel pakar berbanding ahli-ahli politik?
- Patutkah orang ramai dibenarkan untuk mempunyai kenderaan sendiri?
- Adakah pusat sumber mempunyai peranan di masa hadapan?
- Adakah lebih baik mempunyai hanya satu bahasa universal?
- Patutkah semua warganegara diwajibkan untuk mengundi?
- Patutkah mereka yang berumur 16 tahun dibenarkan mengundi dalam pilihan raya?
- Adakah manfaat demokrasi langsung melebihi kos?
- Patutkah rakyat sesebuah negara lulus ujian pengetahun politik dahulu sebelum dibenarkan untuk mengundi?
- Jika seseorang mendapat manfaat dari kemudahan awam, adakah mereka bertanggungjawab untuk membayar cukai untuk kemudahan ini?
- Apakah mod terbaik untuk melakukan protes secara aman?
- Adakah dasar-dasar Tindakan Afirmatif suatu perkara yang diinginkan?
- Patutkah sistem monarki dihapuskan?
- Adakah penerangan media sosial atau ekonomi tentang Negara-negara Arab lebih meyakinkan?
- Kumpulan manakah yang paling berpengaruh ke atas dasar kerajaan Malaysia pada hari ini?
- Adakah mengambil berat isu-isu global lebih penting berbanding isu-isu tempatan?
- Haruskah diperkenalkan cukai ke atas makanan ringan?
Topik-topik debat Pendidikan
- Patutkah kerja sekolah diharamkan?
- Patutkah peperiksaan diharamkan?
- Patutkah pelajar-pelajar diwajibkan memakai uniform ke sekolah?
- Patutkah pelajar-pelajar diberikan peperiksaan sebaik habis cuti persekolahan?
- Patutkah diwajibkan pelajar universiti untuk belajar satu penggal di negara luar?
- Patutkah pelajar dibenarkan untuk menggunakan telefon pintar semasa di sekolah?
- Patutkah seni dan muzik diajar di sekolah?
- Patutkan yuran sekolah dimansuhkan?
- Bolehkah teknologi menggantikan guru?
- Patutkah Bahasa Melayu dijadikan subjek wajib di sekolah?
- Patutkah kelas pembelajaran kewangan diwajibkan bagi semua pelajar?
- Patutkah pelajar diwajibkan untuk menghadiri kelas pendidikan seks di sekolah?
- Patutkah pelajar dipaksa untuk mempelajari matematik?
- Patutkah waktu persekolahan dilewatkan sedikit?
- Patutkah kelas nutrisi diadakan di sekolah rendah dan sekolah menengah?
Topik-topik debat Politik dan Perundangan
- Patutkah Malaysia mengambil langkah membentuk perwakilan berkadar bagi pemilihan menteri-menteri kabinet?
- Patutkah negara-negara mempunyai kuota bagi memastikan perwakilan kumpulan minority dalam parlimen?
- Apakah yang memberikan penjelasan yang lebih baik tentang punca konflik bersenjata: penjelasan “ketamakan” atau “rungutan”?
- Bolehkah peperangan dibenarkan?
- Adakah punca utama populisme disebabkan oleh kekecewaan ekonomi?
- Adakah pemerintahan diktator yang stabil lebih cenderung untuk meneruskan liberalisasi ekonomi daripada pemerintahan yang lebih lemah?
- Adakah pemerintahan diktator lebih disukai daripada demokrasi dalam beberapa keadaan?
- Adakah negara bangsa lebih baik daripada bentuk entiti politik yang lain?
- Bolehkah nasionalisme dibandingkan dengan demokrasi?
- Patutkah terdapat had untuk derma persendirian bagi kempen pilihan raya?
- Patutkah hakim dipilih oleh rakyat?
- Adakah teori nilai Marx meyakinkan?
- Patutkah harta intelektual perubatan dihapuskan?
- Apakah kaedah tafsiran perlembagaan yang terbaik?
- Apakah tujuan paling penting dalam sistem pengadilan jenayah?
- Patutkah liabiliti jenayah yang ketat dihapuskan daripada semua kesalahan yang boleh dipenjarakan?
- Adakah media sosial suatu ancaman atau manfaat bagi demokrasi?
Topik-topik debat Teknologi
- Patutkah peranti digital menggantikan kertas an buku?
- Patutkah kanak-kanak dibenarkan untuk mempunyai akaun media sosial?
- Patutkah teknologi palsu dikawal oleh undang-undang?
- Patutkah syarikat teknologi besar dihapuskan?
- Patutkah laman web media sosial diberi hak untuk melarang tokoh awam daripada menggunakan platformnya?
- Adakah telefon pintar menyebabkan kita menjadi kurang pintar?
- Platform media sosial manakah harus diharamkan?
- Patutkah subjek pengaturcaraan diwajibkan di sekolah?
- Adakah terdapat lebih kelebihan daripada kekurangan terhadap perisian sumber terbuka?
- Adakah perlindungan privasi atas talian lebih penting daripada keselamatan?
- Adakah teknologi menjadikan kita kurang cerdik?
- Adakah telefon mudah alih meningkatkan kehidupan orang ramai?
- Adakah baik jika kebanyakan kerja manusia dilakukan oleh mesin?
- Secara keseluruhannya, adakah internet satu perkara yang baik untuk masyarakat?
- Patutkah kerajaaan melindungi neutraliti trafik internet?
Topik-topik debat Kesusasteraan
- Patutkah sekolah diberi kuasa untuk mengharamkan sesebuah buku?
- Dalam buku Charlie and the Chocolate Factory, adakah Willi Wonka berhati baik?
- Dalam kisah si Tanggang, adakah sumpahan yang dibuat oleh ibu Tanggang satu tindakan yang wajar?
- Adakah ibubapa Romeo dan Juliet patut dipertanggungjawabkan atas kematian anak-anak mereka?
- Dalam hikayat Hang Tuah Pahlawan Melayu, adakah Jebat boleh dianggap sebagai penderhaka kepada Sultan?
- Dalam novel Songket Berbenang Emas, adakah tindakan Azhari ingin menjadikan Dahlia isterinya satu tindakan yang wajar?
- Adakah tindakan Wira Adnan menentang Jepun dalam buku Leftenan Adnan, Wira Bangsa wajar?
- Dalam Lagenda Mahsuri, apakah kesan sumpahan dalam kehidupan masyarakat Langkawi hari ini?
- Adakah pementasan lebih baik daripada novel?
Topik-topik debat Seni
- Adakah seni digital akan menggantikan seni fizikal?
- Patutkah seni didana secara awam?
- Adakah NFT baik untuk seni?
- Adakah muzik jazz diabaikan dalam masyarakat kontemporari?
- Apakah tujuan utama muzik?
- Patutkah sesebuah negara mengharamkan seni yang menyinggung perasaan?
- Adakah seni satu kaedah efektif untuk memacu perubahan sosial?
- Patutkah hadiah diberikan untuk karya seni?
- Siapakah yang memutuskan maksud sesuatu seni?
- Bolehkah seni dipisahkan dari senimannya?
- Adakah wajar untuk menganggap seni zaman pertengahan Eropah sebagai seni yang kasar berbanding zaman sebelumna?
- Adakah seni representasi lebih unggul daripada seni abstrak?
- Patutkah muzium menjadi milik awam?
- Adakah seni moden patut berada di tahap yang sama dengan seni klasik?
- Adakah grafiti patut dianggap sebagai seni?
- Adakah fesyen patut dianggap sebagai seni?
- Patutkah permainan video dianggap sebagai seni?
- Patutkah seni mempunyai tujuan tertentu, atau berharga untuk kepentingannya sendiri?
Topik-topik debat Sains
- Adakah penting untuk menerokai angkasa lepas?
- Adakah kita telah cukup berusaha untuk melindungi biodiversiti?
- Patutkah Pluto dianggap sebagai sebuah planet?
- Patutkah kita menjajah planet lain?
- Patutkah jadual periodik diubah susunannya?
- Patutkah doktor yang merawat manusia diganti dengan mesin atau robot?
- Patutkah ahli sains mengutamakan penghasilan semula hasil berbanding inovasi?
- Patutkah ujian ke atas haiwan diharamkan?
- Apakah sumber tenaga alternatif yang terbaik?
- Patutkan ujian sel stem diharamkan?
- Patutkah kejuruteraan genetik ke atas embrio manusia diharamkan?
- Bukti manakah yang memberi sokongan paling kuat untuk evolusi?
- Adakah pembasmian kepupusan berbaloi dengan kos?
- Patutkah kita mencipta rahim tiruan untuk manusia?
- Patutkah eutanasia dihalalkan?
- Patutkah kita mengharamkan zoo?
- Patutkah tanaman yang diubah genetik diharamkan?
- Adakah tenaga nuklear pilihan terbaik untuk penghasilan tenaga?
Topik-topik debat Alam Sekitar
- Adakah lebih baik untuk membeli kereta yang menggunakan elektrik atau petrol?
- Apakah bentuk terbaik penghasilan semula tenaga?
- Patutkah kita memindahkan orang ramai dari kawasan persisiran pantai yang terdedah kepada perubahan iklim?
- Patutkah proses pencarian minyak secara fracking diharamkan?
- Patutkah individu memikul tanggungjawab terhadap perubahan iklim?
- Bolehkah usaha pemuliharaan secara individu berjaya melindungi alam sekitar?
- Adakah iklim lebih penting daripada media tanah dalam memutuskan sifat sayur-sayuran dalam persekitaran bercuaca dingin?
- Patutkah perlombongan diharamkan?
- Patutkah penggunaan beg plastik diharamkan?
- Patutkah penggunaan palstik sekali guna diharamkan?
- Bolehkah daging yang dihasilkan di makmal digunakan sebagai alat untuk memerangi perubahan iklim?
- Patutkah kita mengamalkan kawalan kelahiran untuk membantu perubahan iklim?
- Patutkah kita menggunakan geo-kejuruteraan untuk mengimbangi kesan perubahan iklim?
- Patutkah manusia memakan haiwan?
Topik-topik debat Geografi Manusia
- Adakah pelancongan mengurangkan jurang pembangunan?
- Adakah melepaskan haiwan liar kembali ke habitat asal satu idea yang baik?
- Adakah dunia akan menghadapi krisis ketidakselamatan makanan yang besar menjelang 2050?
- Adakah aktiviti manusia telah menjejaskan migrasi pelbagai spesis?
- Adakah trend migrasi luar bandar ke bandar suatu perkara yang baik?
- Apakah cabaran paling besar bagi bandaraya mega?
- Patutkah kerajaan melaksanakan kawalan populasi?
- Adakah meluaskan kawasan bandar ke kawasan berhampiran satu perkara yang baik?
- Adakah kemungkinan untuk membina bandaraya yang tidak membahayakan alam sekitar?
- Adakah globalisasi memberi impak positid pada negara-negara yang telah anda pelajari?
- Adakah kepadatan penduduk bandar satu perkara yang baik?
- Patutkah kita berusaha untuk memulihara bahasa terancam?
Topik-topik debat Falsafah dan Etnik
- Bolehkah moral wujud tanpa pegangan agama?
- Adakah mereka yang memiliki haiwan peliharaan dianggap tidak moral?
- Adakah peperangan kejahatan yang diperlukan?
- Adakah pengalaman hidup negatif membantu dalam proses kreatif?
- Adakah kepercayaan agama serasi dengan sains?
- Patutkah pengklonan manusia dibenarkan?
- Adakah pendermaan organ wajib dianggap beretika?
- Patutkah hukuman mati dilaksanakan?
- Adakah keadilan lebih penting daripada keamanan?
- Bolehkah kita mempercayai pancaindera kita?
- Patutkah pertuturan dikawal selaras dengan prinsip bahaya John Stuart Mill?
- Adakah etika global kosmopolitan yang benar adalah mustahil?
Topik-topik debat Ekonomi dan Perniagaan
- Patutkan tahap gaji minima dinaikkan?
- Adakah lebih baik mempunyai cukai yang tinggi atau rendah?
- Patutkah budaya memberi tip tidak digalakkan seperti dahulu?
- Patutkah orang ramai melabur dalam mata wang kripto?
- Di dalam keaadaan apakah, dasar perkembangan mata wang berkemungkinan mewujudkan pertumbuhan ekonomi yang lebih baik?
- Adakah pekali Gini cara yang berguna untuk mengukur ketidaksamaan?
- Adakah peningkatan ketidaksamaan di negara-negara kaya baru-baru ini hasil dari pengurangan kuasa kesatuan sekerja?
- Adakah harga siling alat ekonomi berguna?
- Adakah harga lantai alat ekonomi berguna?
- Patutkah negara menggalakkan pekerjaan tetap sebagai matlamat ekonomi?
- Patutkah masyarakat menolak peredaran fesyen pantas?
- Adakah budaya syarikat seperti Google lebih disukai daripada budaya syarikat tradisional?
- Apakah kaedah terbaik untuk meluaskan perniagaan (cth. Penggabungan, pengambilalihan, sekutu strategik)?
- Sejauh mana keusahawanan meningkatkan prestasi sebuah syarikat?
- Adakah mengurangkah hierarki satu strategi berkesan agar syarikat mendapat lebih keuntungan?
- Patutkah anda membeli Perdagangan adil?
- Adakah kelayakan lebih bernilai daripada pengalaman?
- Apakah sepatutnya peranan sebuah syarikat?
- Patutkah satu minggu bekerja selama 40-jam dikurangkan?
Topik-topik debat Perhubungan Antarabangsa
- Patutkah kita merendahkan halangan perdagangan antarabangsa?
- Adakah institusi ekonomi antarabangsa seperti WTO dan IMF, beroperasi seperti dimaksudkan oleh ahli teori liberal, atau adakah mereka memberi contoh logik realisme?
- Adakah negara-negara tertentu ditakdirkan untuk kekal membangun dari segi ekonomi?
- Adakah perhubungan AS-China merupakan Perang Dingin yang baru?
- Adakah penyelesaian dua negara tidak diteruskan?
- Patutkah kerajaan membelanjakan wang untuk bantuan asing?
- Adakah negara masih lagi menjadi watak paling penting dalam perhubungan antarabangsa?
- Adakah negara demokrasi kurang berkemungkinan untuk berperang dengan satu sama lain?
- Adakah negara Hong Kong lebih baik di bawah pengurusan “satu negara, dua sistem” atau kini sebagai sebahagian daripada China?
- Adakah pemulauan AS terhadap Cuba wajar?
- Adakah perundangan antarabangsa benar-benar undang-undang?
- Patutkah kita menggunakan paksaan untuk mencapai keamanan?
Mencari topik-topik debat dalam lebih banyak bahasa? Kami dapat membantu anda! Terokai koleksi meluas kami untuk mencetuskan perbincangan bilik darjah yang menarik dengan pelajar, tidak kira apa jua bahasa yang anda ajari.